Peter W.S. Ng
President
Ketua Pegawai Eksekutif
(Group Chief Executive Officer)
Di sebalik tabir setiap syarikat yang berjaya terdapat seorang tokoh yang berwawasan dan berazam. Sifat-sifat peribadi yang dinamik ini telah menyebabkan beliau dilantlk sebagai Pengarah Projek Rakan Muda apabila projek ini dilancarkan. Beliau dikatakan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan perlaksanaan projek ini di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Peter Ng percaya kepada pendekatan yang praktikal. Oleh itu, beliau telah menyertai banyak jenis perniagaan secara aktif dan mendapat kehormatan dan kepercayaan rakan-rakan sejawat serta rakan kongsi beliau. Beliau juga seorang tokoh korporat yang terkemuka kerana beliau telah memainkan peranan yang penting dalam baberapa syarikat awam yang tersenarai. Sebagal Ketua Pegawai Eksekutif Leading Profile, sejak penubuhannya pada tahun 1998, beliau telah memimpin Syarikat Rangkaian Pemasaran yang mantap ini ke arah kejayaan. Beliau yang amat yakin terhadap Propolis Gold, berazam untuk memastikan produk ini disambut baik oleh para pengedar dan pelanggan. Dalam proses ini, beliau telah membantu Leading Profile mencapai kedudukan sebagai pemangkin cara hidup yang sihat.
Peter Ng ialah seorang yang terkenal kerana banyak peranan yang telah dimainkan beliau, termasuk sebagai usahawan, ahli industri, pekilang dan pengedar. Disamping itu, beliau adalah seorang pemimpin yang memberikan inspirasi kepada mereka yang berada di sisi beliau.
Dr Stefan Stangaciu
Presiden Aphiterapy dunia
Dokter Akupunturist
Ahli pengobatan hemeopati
Ahli pengobatan alternatif, pencegahan dan terapi alami dengan produk lebah.
Dr. Stefan Stangaciu merupakan seorang Romania yang berbakat dan amat bertenaga, boleh bertutur dengan fasih dafam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Beliau merupakan seorang doktor perubatan dan terus meneroka dalam bidang pemulihan alternatif yang lain. Beliau juga adalah seorang pengamal akupuntur yang berlesen dan perubatan homeopati. Dalam bidang perubatan, Dr. Stefan pakar dalam perubatan pencegahan dan terapi semula jadi dengan penekanan dalam penggunaan produk-produk lebah.
Beliau juga bertanggungjawab melaksanakan program komputer yang dikenali sebagai "APITHER" yang menyediakan maklumat khusus terhadap produk-produk lebah dan kegunaannya. Sejak Februari 1999 beliau telah menjadi koordinator bagi Kursus Internet Apiterapi dengan lebih daripada 200 orang pelajar dari 47 negara diseluruh dunia.
Bagi sumbangan beliau yang tidak ternilai, Dr. Stefan Stangaciu adalah seorang individu yang istimewa yang menumpukan sepenuh hayat untuk memberikan khidmat bagi kebaikan manusia sejagat. Dihormati dan berilmu tinggi, beliau mengambil alih tugas dari Professor Arnold Beckett dan seterusnya memberikan kesinambungan dan skop yang lebih luas dalam penyelidikan dan pembangunan apiterapi.

.jpg)
